MENGENAI PMTHQ

Sejarah Penubuhan

Pondok Motivasi Hamlatul Quran (PMTHQ) telah ditubuhkan pada tanggal 3 MAC2013 bertempat di kelip – kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor. PMTHQ memulakan operasi dengan khidmat 3 orang guru dan mempunyai 10 orang pelajar pada awalnya. Berkat kesabaran dan kesungguhan mudir Dr. Mohd Ashraf Suarin dan para guru, pada tahun 2016 PMTHQ telah berpindah ke bangunan surau lama yang diwakafkan oleh penduduk kampung di Surau Blok 3 Kampung Sawah Sempadan, Tanjong Karang, Selangor untuk menampung bilangan pelajar yang semakin ramai.

PMTHQ merupakan sebuah institusi pondok tahfiz swasta yang menumpukan pembelajaran dalam bidang hafazan al – Quran dan pendakwah yang bermotivasi. PMTHQ juga telah berkoloborasi bersama Politeknik Sabak Bernam dan Kolej Komuniti Sabak Bernam bagi mendidik para pelajar untuk turur mempunyai ilmu dalam pelbagai bidang kemahiran.

Kini PMTHQ mempunyai 2 buah bangunan yang dijadikan sebagai kelas pengajian, manakala 2 buah bangunan lagi sebagai asrama pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Pasukan Kami

Pengerusi

Ustaz Ashraf Suarin

Timbalan Pengerusi

Ismail Bin Mohd Yunus

Setiausaha

Nur Alwani Binti Ali Hether

Bendahari

Sainah Bte Mohd Yunus

Penolong Setiausaha

Fatimah Binti Mazlan

Naib Bendahari

Nazirah Binti Ismail

Ahli Jawatankuasa

Mohd Azraie Bin Suarin

Ahli Jawatankuasa

Johari Bin Abd Jalil

Share This